Telefilem Rindu Lakonan Ezzaty Abdullah Di TV2

Telefilem Rindu Lakonan Ezzaty Abdullah Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Rindu pada 18 Julai 2023, bersiaran pada hari Rabu, pukul 9.00 menerusi slot Tele Khas di saluran RTM TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem pendek yang dibawakan khas sempena Maal Hijrah ini merupakan terbitan Unit Drama TV RTM, diarahkan oleh Nor Ashikin Zainal dengan nukilan skrip daripada Ezynaz.

Tayangan : Tele Khas di TV2
Tarikh : 19 Julai 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Ezynaz
Idea & Konsep : Nor Ashikin Zainal
Pengarah : Nor Ashikin Zainal
Produksi : Unit Drama TV RTM

Telefilem Rindu di TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Rindu seperti Ezzaty Abdullah, Adrianna Qasmia, Laila Nasir, Haeriyanto Hassan, Linda Hashim dan Izzy Reef.

Selain itu, terdapat juga lakonan daripada Shazman Isaac, Anggun Cassandra, Shyrim Husni dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ezzaty Abdullah sebagai Zarina
  • Adrianna Qasmina sebagai Zarina (kecil)
  • Laila Nasir sebagai Aini (ibu)
  • Haeriyanto Hassan sebagai Zahir (ayah)
  • Linda Hashim sebagai Laila
  • Izzy Reef sebagai Amin
  • Lia Natalia sebagai Abil
  • Shyrim Husni sebagai Cikgu Mat

Sinopsis Telefilem Rindu

Telefilem Rindu mengisahkan tentang kecekalan Ina iaitu seorang gadis yang walaupun sering tidak dihargai, dia tidak kenal erti lelah mencari rezeki dan berbakti buat ibu bapanya sejak kecil hingga dewasa dan akhirnya berjaya.

Keluarga tidak pernah melenturkan semangat Ina untuk terus membantu meringankan beban ibu bapanya. Ibu bapa Ina dihimpit dengan kenangan perit dan ketidak puasan hati dalam rumahtangga hingga menjadikan mereka seorang yang hanya pentingkan perasaan sendiri. Ibu bapa Ina seakan lupa tentang kebajikan dan kebahagian anak-anak mereka.

Bagi meneruskan hidup keluarga dan menampung kos pelajarannya, Ina sanggup bekerja sambilan semenjak dari sekolah rendah lagi. Walaupun memiliki sifat yang rajin serta pandai dalam pelajaran, Ina tidak lari dari masalah yang tercipta di sekolah. Ina dicemburui oleh rakan sebaya yang menabur fitnah ke atasnya hingga biasiswa pelajarannya ditarik semula.

Namun begitu kata-kata semangat dan kepercayaan oleh cikgu kesayangannya membuatkan Ina tidak berputus asa. Ina berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti dan bekerja sebagai eksekutif.

Ina merupakan kekuatan keluarga. Dia adalah sumber pendapatan keluarga dan menjadi tempat mengadu segala masalah. Masalah rumahtangga ibu bapanya sentiasa berterusan sehingga Ina dewasa. Ina berkorban masa, tenaga dan juga mental bagi menjaga kebajikan ibu bapanya.

Mereka berhijrah berpindah randah, dari bilik yang kecil hingga ke rumah yang lebih besar. Ada sahaja yang tidak kena dengan ibu bapanya. Tahap kesihatan ibu bapanya juga semakin merosot dan ini memerlukan perhatian yang lebih dari Ina. Sedikit sebanyak masalah keluarga Ina menjadi punca sakitnya semakin parah.

Ina merahsiakan sakit kepala yang dihidapinya. Ina tetap memegang prinsip seteruk mana ibu bapanya, sesusah mana sekalipun hidup Ina, dia tetap mahu berbakti kepada orang tuanya kerana dia percaya kejayaan di dunia dan akhirat adalah berkat doa ibu bapa.

Kakak dan adik-adik Ina masing-masing telah berumahtangga dan cuba lepas tangan hanya kerana Ina belum berkahwin dan punya pendapatan lebih. Ina semakin tertekan kerana dia juga punya komitmen hidup dan mohon bantuan adik beradik menjaga ibu bapa mereka ketika dia bertugas di luar negara.

Alasan demi alasan yang diberi oleh adik beradiknya dan tekanan yang diberi oleh ibu bapanya telah menyentap sakit Ina menjadi parah. Ina terlantar koma di hospital lebih tiga bulan.

Insiden itu telah menyatukan ahli keluarganya. Luahan Ina di dalam diarinya menyedarkan mereka tentang pengorbanannya untuk mengubah taraf hidup keluarga dari belengu kedaifan serta membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

Namun apakan daya, Ina juga manusia biasa yang punya kelemahan. Melalui diari yang dibaca, Ina telah membelikan ibu bapanya sebuah rumah agar mereka semua dapat berkumpul dan merasakan kebahagiaan hidup berkeluarga yang sebenar-benarnya.

Ibu bapa ina rasa begitu bersyukur dan bersalah terhadap Ina. Namun masih berpeluangkah untuk Ina sama-sama mengharungi kehidupan bahagia bersama keluarga tersayang?

Drama pendek Rindu di TV2

Post a Comment

0 Comments