Telefilem Misteri Maria Lakonan Zizan Razak Dan Nadiyah Shahab Di TV9

Telefilem Misteri Maria Lakonan Zizan Razak Dan Nadiyah Shahab Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Misteri Maria pada 3 Julai 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 di saluran NTV7 ini merupakan terbitan syarikat A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rusdi Ramli dengan penulisan skrip daripada MF Kencana.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 3 Julai 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Dato A. Aida
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Telefilem Misteri Maria Di TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Misteri Maria seperti Zizan Razak, Nadiyah Shahab, Mas Khan, Zila Bakarin, Malissa Yasmin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Ilham
  • Nadiyah Shahab sebagai Maria
  • Mas Khan sebagai Adam
  • Zila Bakarin sebagai Miss Nani
  • Malissa Yasmin sebagai Ibu Maria

Sinopsis Telefilem Misteri Maria

Telefilem Misteri Maria mengisahkan tentang Ilham yang baru menghabiskan pelajarannya di luar Negara begitu teruja untuk mengambil alih resort milik ibunya.

Setibanya di lapangan terbang Ilham disambut oleh sahabatnya Adam. Dalam perjalanan, Ilaham bertanyakan tentang Maria, kekasih lamanya dan Adam memberitahu yang Maria telah meninggal dunia.

Ilham yang percaya menjadi takut apabila dia kerap terserempak dengan perempuan cantik mirip Maria yang disangkakan hantu. Sebenarnya Adam telah berpakat dengan Maria untuk mengenakan Ilham kerana sebelum ni Ilham telah meluka kan hati Maria.

Telefilem Misteri Maria Di TV9

Post a Comment

0 Comments