Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Lakonan Syafi Tee Dan Ezzaty Abdullah Di TV2

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Lakonan Syafi Tee Dan Ezzaty Abdullah Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Jiwa Tanpa Jiwa pada 24 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat Les' Copaque Film Sdn. Bhd., diarahkan oleh Razuri Ajmain dengan penulisan skrip bersama daripada Hj Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, Ainur, Mohammad Aiman dan Ijan Ai.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 24 Julai 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Hj Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, Ainur, Mohammad Aiman dan Ijan Ai.
Pengarah : Razuri Ajmain
Produksi : Les' Copaque Film Sdn. Bhd.

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa di TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Jiwa Tanpa Jiwa seperti Syafi Tee, Ezzaty Abdullah, Farhan Asri, Melissa Aurellia, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafi Tee sebagai Jiwa
  • Ezzaty Abdullah sebagai Maya
  • Farhan Asri sebagai Man
  • Melissa Aurellia sebagai Nana
  • Jasmin Hamid sebagai Hasnah/Mak Jiwa

Sinopsis Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa mengisahkan Jiwa iaitu seorang pelajar seni lukisan dan sering mendapat pujian daripada pensyarahnya.

Dia tidak pernah melukis potret sehinggalah dia bertemu dengan Maya. Jiwa kemudian mengupah Maya untuk menjadi subjek lukisannya, namun Maya tidak dibenarkan untuk melihat lukisan tersebut hinggalah ianya siap.

Jiwa dan Maya berkahwin selepas tamat belajar namun rumahtangga mereka diuji kerana Jiwa mempunyai penyakit psikologi yang menjadikan dia seorang yang sukar untuk meluahkan emosinya.

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa di TV2

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa di TV2

Post a Comment

0 Comments