Tonton Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Tonton Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Resort Berhantu pada 3 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu ini, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat Hujan Lebat Sdn. Bhd., diarahkan oleh Isqandar Jebat dengan idea asal daripada Eddy Imran serta penulisan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 3 Jun 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Eddy Imran
Penulis Skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.

Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Resort Berhantu seperti Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Masrenny Masri, Shahir Shaid dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ain Edruce sebagai Rosalinda
  • Izzue Islam sebagai Key Ell
  • Jaja Iliyes sebagai Suzi
  • Amirul Faqeem sebagai Ikram
  • Shah Sulaiman sebagai Sham
  • Din Che Pak sebagai Langkawi
  • Masrenny Masri sebagai Amira

Sinopsis Telefilem Resort Berhantu

Telefilem Resort Berhantu mengisahkan tentang pertemua semula (reunion) 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu. Ianya merupakan perancangan Rosalinda dan Amira berikutan kisah lalu Rosalinda yang sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Rosalinda dan Amira telah menjemput Kay, Syam dan Suzi yang pernah membuli dirinya suatu ketika dahulu. Mereka akhirnya menemui sebuah resort terpencil untuk mengadakan sesi reunion.

Apabila tibanya majlis reunion, kesemua rakan-rakannya hadir, perangai suka membuli mereka sebenanrya masih tidak berubah. Masih nakal seperti zaman sekolah sehingga sekarang.

Mereka berempat bersepakat untuk membuli Rosalinda buat kali terakhir, namun rancangan mereka mula bertukar apabila melihat mayat Rosalinda terapung di dalam kolam. Mereka mula ketakutan kerana dihantui oleh jelmaan hantu Rosalinda.

Siapakah mayat yang ditemui? Benarkah itu sebenarnya mayat Rosalinda? Ataupun ini merupakan 'balas dendam' daripada Rosalinda? Sama-sama kita saksikan telefilem menarik ini.

Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Post a Comment

0 Comments