Tonton Telefilem Super Menantu Di TV9

Tonton Telefilem Super Menantu Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Super Menantu pada 2 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat ini, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat P&D Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dengan penulisan skrip daripada Rich Hamid.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 Jun 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Rich Hamid
Pengarah : Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi : P&D Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Super Menantu Di TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Super Menantu seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Nasha Aziz, Hafizuddin Fadzil, Amy Mastura, Azri Iskandar, Wilma Muhammad, Jissie Lim Abdullah, Meor Mohd dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nazim Othman sebagai Jofa Helmi
  • Nadia Brian sebagai Qeyra Lyana
  • Nasha Aziz sebagai Elfa Qismaura
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Rafi Rauf
  • Azri Iskandar sebagai Jimmy Dahlan
  • Amy Mastura sebagai Sara Sofian

Sinopsis Telefilem Super Menantu

Telefilem Super Menantu mengisahkan tentang Elfa dan Rafi yang selama ini terasa begitu kehilangan anak lelaki mereka, teruja dengan kemunculan Jofa sebagai menantu di dalam keluarga mereka.

Kemesraan Jofa dengan ibu mertuanya telah membuahkan rasa cemburu di hati Rafi. Di hari ulang tahun hari kelahiran Sara, Jofa telah menghadiahkan seutas rantai emas kepada Elfa sebagai tanda terima kasih kepada Elfa yang telah mengubat rasa sedih atas kehilangan arwah ibunya.

Semakin hari Rafi semakin dingin dengan Jofa suhingga menyebabkan Jofa keluar daripada rumah. Ketiadaan Jofa membuatkan Elfa dan Rafi rindu dan sedar sebenarnya mereka begitu sayangkan Jofa.

Telefilem Super Menantu Di TV9

Post a Comment

0 Comments