Telefilem HeistDiladha (Astro Ria)

Telefilem HeistDiladha (Astro Ria)

Jangan lupa saksikan telefilem Heist Dil Adha pada 29 Jun 2023, bersiaran pada hari Khamis, pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go dan On Demand.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan bersama syarikat Red Bean Productions dan ZR Project, diarahkan oleh Zizan Rizak dan Issey Fazlisham dengan penulisan skrip daripada Azhar Jalil

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 29 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Azhari Jalil
Pengarah : Zizan Razak & Issey Fazlisham
Produksi : Red Bean Productions & ZR Project

Telefilem Heist Diladha di Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Heist Diladha seperti Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Hushairi Husain, Riena Amirah, Mathni Razak, Aswad Jalil dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Ibrahim
  • Issey Fazlisham sebagai Mus
  • Shiqin Kamal sebagai Anis
  • Riena Amirah sebagai Bajilah
  • Hushairi Husain sebagai Jusoh Belut
  • Mathni Razak sebagai Inspektor Gushion
  • Aswad Jalil sebagai Sarjan Azhar

Sinopsis Telefilem Heist Diladha

Telefilem Heist Diladha mengisahkan tentang kes kecurian seekor lembu wagyu kacuk milik Mr. Onitsuka Korokodai oleh Geng Naga Gearbox yang diketui oleh Jusoh Belut iaitu kartel penyeludupan daging lembu terbesar di semenanjung.

Geng Tiga Malam yang terdiri daripada Ibrahim, Mus dan Anis telah diberikan tugasan untuk mendapatkan kembali lembu tersebut. Namun misi kali ini ialah misi mustahil apabila GTM terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka di liga yang berbeza.

Sebuah medan pertempuran yang tidak pernah dijejaki mereka dan konflik semakin memuncak dengan kehadiran seorang gadis bernama Bajilah. Adakah misi kali ini berjaya atau salah seorang ahli Geng Tiga Malam bakal menjadi korban?

Telefilem Heist Diladha di Astro Ria

Post a Comment

1 Comments

  1. yg raya punya hari tu tengok jugak, leh gak layan yg raya haji punya kali ni

    ReplyDelete