Telefilem Lembu Ghini (TV2)

Telefilem Lembu Ghini (TV2)

Jangan lupa saksikan telefilem Lembu Ghini pada 29 Jun 2023, bersiaran pada hari Khamis, pukul 3.00 petang menerusi slot khas di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat AR Factor Resources Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emdy Idris dengan penulisan skrip daripada Maziez Mazlan.

Tayangan : Slot Tele Khas di TV2
Tarikh : 29 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Maziez Mazlan
Pengarah : Emdy Idris
Produksi : AR Factor Resources Sdn. Bhd.

Telefilem Lembu Ghini di TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Lembu Ghini seperti Izzy Reef, Syaffiq Sahli, Olan Lam, Ily Mokhtar, Juita Johari, Jaafar Hassan, Yan Ibrahim, Awie Deen, Muhammad Nur Arif dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzy Reef sebagai Ghani
  • Syaffiq Sahli sebagai Mustafa
  • Juita Johari sebagai Mariam
  • Jueily Mokhtar sebagai Ustazah
  • Olan Lam sebagai Nordin

Sinopsis Telefilem Lembu Ghini

Telefilem Lembu Ghini mengisahkan tentang Ghani iaitu seorang pemuda yang kurang sempurna akal, nekad untuk mengorbankan lembunya, Lambo demi memenuhi cita-cita abangnya.

Dia dan ibunya bekerja keras bagi menampung keluarga dan membiayai pelajaran abangnya, Mustafa. Mustafa sering memperlekehkan kekurangan Ghani. Ghani sering mempersoalkan mengapa dia perlu berkorban untuk abangnya.

Telefilem Lembu Ghini di TV2

Post a Comment

0 Comments