Telefilem 3 Sekawan Misi Aidiladha (Tonton)

Telefilem 3 Sekawan Misi Aidiladha (Tonton)

Jangan lupa saksikan telefilem original 3 Sekawan : Misi Aidiladha pada 28 Jun 2023, bersiaran mulai pada hari Khamis dan seterusnya dimana akan ditayangkan secara eksklusif di platform watch.tonton.com.my.

Telefilem khas yang ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat Zeel Production, diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan penulisan skrip daripada Marr Mohamad dan Irwan Mansor.

Tayangan : Tonton Original di Tonton
Tarikh : Mulai 28 Jun 2023 (Khamis)
Penulis Skrip : Marr Mohamad dan Irwan Mansor
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Zeel Production

Telefilem 3 Sekawan Misi Aidiladha di Tonton

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem 3 Sekawan : Misi Aidiladha seperti Umar Shakur, Rudtra Manivanan, Chamans Kong, Kazar, Dato' Rahim Razali, Fasha Sandha, Redza Rosli, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Umar Shakur sebagai Faiz
  • Rudtra Manivanan sebagai Danush
  • Camans Kong sebagai Chong
  • Dato' Rahim Razali sebagai Sarjan Rahim
  • Redza Rosli sebagai Fikry
  • Sherry Ibrahim sebagai Shiha
  • Kazar Saisi sebagai Tokwan

Sinopsis Telefilem 3 Sekawan Misi Aidiladha

Telefilem 3 Sekawan : Misi Aidiladha bermula apabila Fikry dan Shiha yang bersiap sedia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini dan terpaksa meninggalkan anak lelaki mereka, Faiz di bawah jagaan datuknya, Tokwan.

Kepulangan Faiz ke kampung mempertemukannya kembali dengan rakan-rakannya iaitu Danush dan Chong. Mereka amat gembira dapat bersatu semula sempena Aidiladha kali ini.

Pada setiap malam, tiga sekawan ini akan setia mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tokwan. Tazkiran Tok Wan tentang sifat ihsan terhadap haiwan telah menggerakkan hati ketiga-tiga anak kecil ini untuk nekad menyelamatkan semua haiwan ternakan dari dijadikan santapan korban Raya Haji.

Disebabkan perkara ini, ianya telah mengejutkan orang kampung. Mereka menentang cadangan tiga sekawan ini. Namun, Faiz, Danush dan Chong tidak berganjak dengan pendirian mereka tentang haiwan-haiwan tersebut.

Merek kekal nekad untuk melepaskan semua haiwan. Walaubagaimanapun, misi mereka ini tidak kesampaian apabila pada hari yang dirancang, haiwan-haiwan tersebut telah pun terlepas dek dicuri oleh Geng Pangkin Parit.

Penduduk kampung telah menuding jari ke arah tiga sekawan ini. Malah, Tok Wan dan Sarjan Rahim juga telah mendesak Faiz untuk membuat pengakuan. Ibu Chong dan ibu Danush turut yakin bahawa anak mereka adalah dalang di sebalik kehilangan haiwan-haiwan ini. Namun, tidak sekawan itu tidak mengaku.

Apakah nasib tiga sekawan yang tidak bersalah ini? Mampukah mereka mendapatkan semula haiwan-haiwan yang telah hilang itu untuk perayaan Aidiladha ini?

Telefilem 3 Sekawan Misi Aidiladha di Tonton

Post a Comment

0 Comments