Eraser Di Prime Video - Sinopsis Filem

Eraser Di Prime Video - Sinopsis Filem

Jangan lupa saksikan filem Eraser yang akan mula ditayangkan di Prime Video Malaysia dan Asia Tenggara mulai 1 Jun 2023, hari Khamis hingga ke seterusnya. Boleh langgan dengan haraga RM25.00 sebulan.

Filem yang mengangkat tema perpaduan dan harmoni ini merupakan terbitan syarikat Fiery Films, diarahkan oleh Mark Lee See Teck dengan penulisan skrip bersama daripada Tan Yen Yen, Mark Lee dan Siti Jasmina Ibrahim.

Untuk pengetahuan anda juga, naskah ini merupakan filem terakhir yang dilakukan oleh pelakon ternama tanah air, Allahyarham Adibah Noor yang telah pulang ke Rahmatullah pada Jun 2022 yang lalu.

Tayangan : Prime Video
Tarikh : 1 Jun 2023 (Khamis)
Idea Asal : Mark Lee See Teck
Penulis Skrip : Tan Yen Yen, Mark Lee & Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Mark Lee See Teck
Produksi : Fiery Films

Filem Eraser di Prime Video

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam filem Eraser seperti Adibah Noor, Namron, Dhiya Ariffin, Angela Chan, Dhiya Ariffin, Alyssa Lee, Danish Adam, Freedie Wong, Shan, Jonathan Tan, Fatin Ariana dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Namron sebagai Ahmad
  • Adibah Noor sebagai Khatijah
  • Dhiya Ariffin sebagai Azman
  • Alyssa Lee sebagai Xiao Li
  • Angela Chan sebagai Ah Yoke
  • Danish Adam sebagai Ari

Sinopsis Filem Eraser

Filem Eraser yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup mereka.

Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka, menyediakan tempat berteduh, namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah.

Namun kehidupan Xiao Li dan Ahmad berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020. Apakah kesudahan Eraser?

Filem Eraser di Prime Video

Post a Comment

0 Comments