Drama Rindu Darul Iman Di TV Okey

Drama Rindu Darul Iman Di TV Okey

Jangan lupa saksikan drama Rindu Darul Iman mulai 9 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu, pada pukul 2.30 petang di TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama siri terbaru 20 episod ini merupakan terbitan syarikat Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faizal Nadxaman dengan penulisan skrip daripada Marr Mohamad, Lynnda Shahrundi dan Eja Lorena.

Episod : 20
Tayangan : RTM TV Okey
Tarikh : Mulai 9 Jun 2023 (Isnin hingga Sabtu)
Masa : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Marr Mohamad, Lynnda Shahrundi dan Eja Lorena
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Rindu Darul Iman Di TV Okey

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Rindu Darul Iman seperti Nomad, Risyka Akira, Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Asha Merican, Afiq Hamidon, Vicha Saywho, Maria Farida, Rita Nadira, Tania Hudson dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nomad sebagai Iman
  • Risyka Akira sebagai Hanna
  • Nasha Aziz sebagai Hajar
  • Rozita Che Wan sebagai Puan Sri Julia
  • Zain Saidin sebagai Tan Sri Irsyad
  • Asha Merican sebagai Jojo
  • Afiq Hamidon sebagai Aniq

Sinopsis Drama Rindu Darul Iman

Drama Rindu Darul Iman mengisahkan tentang pergolakkan keluarga angkara darjat, terbongkar kebenaran Hanna bukanlah anak kepada Puan Sri Julia, sebaliknya dia merupakan anak Tan Sri Irsyad dengan wanita bernama Clarissa. Clarissa lari membawa diri keTerengganu setelah dihalau oleh Toh Puan Azura, bonda kepada Tan Sri Irsyad. Namun Hanna terpaksa dilepaskan dibawah jagaan Tan Sri Irsyad dan Puan Sri Julia.

Hanna kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari ibu kandungnya di Terengganu bersama rakan baiknya, Jojo. Namun sesampainya di sana mereka berdepan dengan pelbagai situasi yang tidak dapat dielakkan. Kemunculan seorang pemuda bernama Iman membuatkan kehidupan Hanna semakin kucar kacir. Namun mereka berbaik kemudiannya setelah Iman yang diberhentikan kerja oleh majikannya bersetuju menjadi pemandu pelancong mereka dan membantu mencari ibu kandung Hanna.

Iman kemudiannya memperkenalkan Hanna dengan ibunya, Hajar tanpa mengetahui kebenaran hakikatnya yang sebenarnya. Hanna kagum dengan keakraban pasangan anak beranak itu yang saling manyayangi.

Sementara itu Aniq, adik tiri Hanna semakin bermasalah apatahlagi bila Tan Sri Irsyad membandingkannya dengan Hanna. Aniq berasa dirinya tidak berguna dan mula hanyut berkawan dengan budak nakal. Puan Sri Julia marah namun tidak mampu bertindak apa-apa kerana sedar layanan buruk Tan Sri Irsyad terhadap dirinya.

Usaha mencari Clarissa masih diteruskan. Dalam diam Jojo menyimpan perasaan terhadap Iman tetapi sebaliknya Iman sukakan Hanna namun tidak mampu berterus terang menyatakan perasaannya. Kemunculan Aizal di Terengganu memburukkan keadaan. Dia memberitahu kepada Iman bahawa Hanna bakal isterinya. Iman yang tidak cuba untuk bertanyakan perkara sebenar kepada Hanna terus lari membawa diri.

Muncul wanita bernama mak cik Rohani yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu kandung Hanna. Namun Iman terlebih dahulu mengetahui niat jahat wanita itu yang hanya menyamar sebagai Clarissa. Iman memberitahu perkara tersebut kepada Hanna namun dia tidak percaya kata-kata Iman.

Akhirnya kebenaran terbongkar yang Rohani hanya menyamar. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Iman telah ditikam. Hanna baru menyedari dirinya cintakan Iman. Pencarian ibu kandung Hanna tetap diteruskan hingga mereka bertemu Imam Bakar, orang lama di kampung tersebut yang mengetahui sejarah latar belakang Clarissa.

Mampukah Iman mempertahankan cintanya terhadap Hanna apabila mengetahui Hajar, ibunya adalah Clarissa yang dicari-cari oleh Hanna selama ini? siapakah pula Karim yang dikaitkan dengan Clarissa selama ini?

Drama Rindu Darul Iman Di TV Okey

Drama Rindu Darul Iman Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments