Drama Katakan Pada Dia TV2

Drama Katakan Pada Dia TV2

Jangan lupa saksikan drama Katakan Pada Dia mulai 12 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa, pada pukul 8.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama siri terbaru yang diadaptasi daripada novel Selendang Anum karya Prof Lim Swee Tin ini merupakan terbitan syarikat Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dengan penulisan skrip daripada Maizura Ederis dan Cik Lee.

Episod : 24
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : Mulai 12 Jun 2023 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 Malam
Penulis Skrip : Maizura Ederis dan Cik Lee
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Produksi : Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd.

Drama Katakan Pada Dia TV2

OST Drama

Lagu Tema : Katakan Pada Dia
Artis : Iskandar Projector Band dan Jasper Supayah
Komposer : Jasper Supayah dan Is Dz
Lirik : Lynnda Sharudin, Arisz Ab Rahman dan  Jasper Supayah

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Katakan Pada Dia seperti Izzue Islam, Nina KSC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia, Amyza Aznan, Wanns Ahmad, Silfeny Osman, Hasmitha Selvam, Shazia Rozaini, Sugeindhiran dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Johan
  • Nina KSC sebagai Yoke Lin
  • Amyza Aznan sebagai Prof Melah
  • Hashmitha Selvam sebagai Uma
  • Janet Khoo sebagai Peggy
  • Silfeny Osman sebagai Sakinah
  • Shazia Rozaini sebagai Haslina
  • Sugeindhiran sebagai Shankar
  • Wanns Ahmad sebagai Rosli

Sinopsis Drama Katakan Pada Dia

Drama Katakan Pada Dia mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.

Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ‘ Keris Pusaka’ yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya.

Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum.

Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu.

Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu. Ikuti kesudahannya.

Drama Katakan Pada Dia TV2

Drama Katakan Pada Dia TV2

Post a Comment

0 Comments