Drama Malam Zulaikha Di TV3

Drama Malam Zulaikha Di TV3

Jangan lupa saksikan drama Malam Zulaikha mulai 8 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Drama siri terbaru 15 episod yang bakal bersiaran bagi menggantikan Bunga, Aku Tunggu ini merupakan terbitan syarikat Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan penulisan skrip daripada Syed Mohamad Taufik.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda di TV3
Tarikh : Mulai 8 Jun 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulisan Skrip : Syed Mohamad Taufik
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Drama Malam Zulaikha Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Malam Zulaikha seperti Sweet Qismina, Adam Lee, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Amyza Aznan, Ku Faridah, Datin Maria Farida, Fiza Thomas, Vanida Imran, Rashidah Jaafar, Syahmie Thsaqeef, Mikael Noah, Dayani Syah, Zalela Kadir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sweet Qismina sebagai Zulaikha
  • Adam Lee sebagai Izmir
  • Rahim Jailani sebagai Rahim
  • Dilla Ahmad sebagai Juhara
  • Vanida Imran sebagai Wangi
  • Amyza Aznan sebagai Suria
  • Ku Faridah sebagai Engku Salbiah
  • Datin Maria Farida sebagai Mustika
  • Fiza Thomas sebagai Farah
  • Rashidah Jaafar sebagai Maksom
  • Syahmie Thsaqeef sebagai Haikal

Sinopsis Drama Malam Zulaikha

Drama Malam Zulaikah mengisahkan tentang Zulaikha iaitu seorang gadis 20 tahun yang sering mengalami gangguan mistik dalam hidupnya sejak dari kecil lagi.

Menyedari perkara ini, Izmir iaitu rakan baiknya telah mengatur pertemuan antara Zulaikha dengan bapanya, Ustaz Rahim. Beliau adalah seorang pakar dalam ilmu perubatan islam.

Menerusi pertemuan tersebut, Ustaz Rahim telah mengesahkan Zulaikha mempunyai pendamping yang diwariskan kepadanya. Disebabkan itu, Zulaikha bersama Izrmir pulang ke kampungnya demi mencari kebenaran.

Di kampung itu, mereka telah bertemu dengan nenek Zulaikha yang bernama Engku Salbiah. Kehadiran Zulaikha telah mencetuskan rasa curiga yang mendalam buat Engku Salbiah.

Ini kerana 20 tahun yang lalu, dia telah menyihir menantunya, Suria supaya mandul dan tidak mampu melahirkan anak. Maka tidak hairanlah yang Engku Salbiah tidak percaya bahawa Zulaikha adalah zuriat anak lelakinya, Ali.

Namun, kisah silam telah dibangkitkan dengan pendedahan oleh Mak Som iaitu bidan yang telah menyambut kelahiran Zulaikha. Apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan Zulaikha selepas ini?

Drama Malam Zulaikha Di TV3

Drama Malam Zulaikha Di TV3

Post a Comment

0 Comments