Drama Hijrah Jannah Di Astro Ria

Drama Hijrah Jannah Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan drama Hijrah Jannah mulai 5 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Drama terbaru 40 episod yang bakal menggantikan Isteri Halal ini merupakan terbitan syarikat MIG Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan penulisan skrip bersama panel MIG dan Azzu Roslan.

Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 5 Jun 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Panel MIG dan Azzu Roslan
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : MIG Productions Sdn. Bhd.

Drama Hijrah Jannah Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Hijrah Jannah seperti Daniella Sya, Remy Ishak, Puteri Sarah Liyana, Khalidah Atlibah, Daniel Fong, Ezaidi Aziz, Hanna Halim, Riz Amin, Erynn Abdullah, Angelina Tan, Kenji Sawahi, Rahim Jailani dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Daniella Sya sebagai Jannah/Janet
  • Remy Ishak sebagai Syawal Fitri
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Munirah
  • Khalidah Atlibah sebagai Puan Sri Rafidah
  • Daniel Fong sebagai Danial
  • Ezaidi Aziz sebagai Zakri
  • Hanna Halim sebagai Zahra
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Erynn Abdullah sebagai Medina

Sinopsis Drama Hijrah Jannah

Drama Hijrah Jannah mengisahkan tentang perkahwinan Janet bersama Syawal Fitri. Sesudah itu, Janet memeluk Islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu.

Setiap langkah Janet, kini Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena. Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah.

Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja. Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah.

Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu. Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya.

Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

Drama Hijrah Jannah Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments