Kini Dipertunjukkan Poster Rasmi Filem Malbatt: Misi Bakara

Kini Dipertunjukkan Poster Rasmi Filem Malbatt: Misi Bakara

Fuh nampaknya kehangat filem Malbatt: Mis Bakara semakin hangat ditambah pula hari ini, telah dikongsikan kepada orang ramai poster rasmi untuk filem tersebut yang akan ditayangkan dipawagam bermula 24 Ogos 2023.

Jika sebelum ini, kita hanya didedahkan dengan 'poster teaser' sahaja dimana hanya memaparkan pergerakan tank dalam barisan tanpa apa-apa info grafik padanya. Kini kita sudah secara rasmi dikongsikan.

Kini Dipertunjukkan Poster Rasmi Filem Malbatt: Misi Bakara

Filem ini pastinya akan menarik lebih ramai penonton. Ini kerana dikatakan menjadi filem tempatan dengan bajet yang paling tinggi atau filem paling mahal untuk dihasilkan iaitu sebanyak RM20 juta.

Filem arahan Adrian Teh ini berkisar kisah benar di sebalik insiden Black Hawk Down yang menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993.

Malbatt : Misi Bakara menampilkan lakonan hebat daripada Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Fauzi Nawawi, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff dan ramai lagi.



Post a Comment

1 Comments

  1. mesti meletop mcm polis evo 3 ni jugak ni..pelakon2 mantap

    ReplyDelete