Drama Perempuan Itu Di Tonton

Saksikan drama Perempuan Itu mulai 1 Jun 2023 yang ditayangkan secara eksklusif di aplikasi Tonton

Akhirnya drama yang pernah terpalik dengan kontroversi sebelum ini iaitu Perempuan Itu akan ditayangkan mulai 1 Jun 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat secara eksklusif menerusi laman web watch.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Drama bersiri yang mempunyai 30 episod ini merupakan arahan Ain Syarif dan skrip ditulis Erma Fatima.

Episod : 30
Tayangan : Tonton
Tarikh : Mulai 1 Jun 2023
Penulis Skrip : Erma Fatima
Pengarah : Ain Syarif

Drama Perempuan Itu Di Tonton

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Perempuan Itu seperti Zul Ariffin, Mimi Lana, Siti Hariesa, Amir Ahnaf, Elfriena A, Eman Manan, Amar Asyraf, Norish Karman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Mimi Lana sebagai Khalis
  • Zul Ariffin sebagai Emir
  • Amar Asyraf sebagai Aryan
  • Siti Hariesa sebagai Seira
  • Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
  • Azizah Mahzan sebagai Saodah
  • Norish Karman sebagai Khalifa
  • Aleeza Kasim sebagai Farisha

Sinopsis Drama Perempuan Itu

Drama Perempuan Itu bermula dengan kisah Ibu bapa Khalish yang mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir.

Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka.

Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Bagaimanakah Khalis mempertahankan rumah tangganya dengan Emir selepas adanya 'orang kitaga' yang datang dalam keluarganya? Siapa yang harus dipersalahkan?

Saksikan Di Tonton

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Perempuan Itu yang akan ditayangakn secara eksklusif di Tonton. Anda hanya perlu langgan dengan harga bermula RM9.90 sebulan.

Drama Perempuan Itu Di Tonton

LihatTutupKomentar
Cancel