Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Hantu Musang King pada 29 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem seram komedi ini merupakan terbitan syarikat Allout Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Zh Emdee @ M Danial dengan penulisan skrip daripada Tommy Loh

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 29 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Tommy Loh
Pengarah : Zh Emdee M Danial
Produksi : Allout Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Hantu Musang King seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Wanss Ahmad, Natasya Ellyza, Shy Rim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Luqman Hafidz sebagai Hilman
  • Wanna Ali sebagai Normala
  • Natasya Ellyza sebagai Mawar
  • Wanss Ahmad sebagai Yan Wayar
  • Shy Rim sebagai Dato' Johan

Sinopsis Telefilem Hantu Musang King

Telefilem Hantu Musang King mengisahkan tentang Hilman yang berhutang dengan Ah Long dan tidak mampu membayarnya. Suatu hari, dia menerima khabar bahawa neneknya mewasiatkan kebun Durian Musang King kepadanya.

Namun, agak sukar untuk Hilman menjual kebun tersebut ekoran khabar angin mengatakan terdapat hantu di kebun neneknya itu. Jadi pelbagai cara dibuat untuk menghalau hantu tersebut daripada kebunnya. Adakah akhirnya berjaya atau ada komplot diakhirnya?

Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Post a Comment

0 Comments