Kerasnya Takdir Di TV3 - Sinopsis Drama

Kerasnya Takdir Di TV3 - Sinopsis Drama


Jangan lupa saksikan drama Kerasnya Takdir mulai 22 April 2023, bersiaran pada hari Isnin hingga Ahad pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Drama 28 episod yang merupakan adaptasi novel 'Kerasnya Takdir' karya Haitun Kamarazaman ini merupakan terbitan syarikat Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan penulisan skrip daripada Nieza Nahar.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Mulai 22 April 2023 (Isnin - Ahad)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Drama Kerasnya Takdir Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Kerasnya Takdir seperti Amyra Rosli, Redza Rosli, Rita Rudaini, Kartina Aziz, Ungku Hariz, Azlee Khairi, Zarynn Min, Mia Nasir, Husna Mustaffa, Natasya Mahyan, Azrel Ismail, Halim Radzi, Dayang Fajra Nadifa dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amyra Rosli sebagai Jiha
  • Redza Rosli sebagai Syed Munir
  • Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
  • Dayang Fajra Nadifa sebagai Syarifah Saleha
  • Mia Nasir sebagai Syarifah Emilia

Sinopsis Drama Kerasnya Takdir

Drama Kerasnya Takdir mengisahkan tentang Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir iaitu anak kepada Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong.

Perkahwinan mereka tidak direstui oleh Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.

Takdir Allah SWT, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga.

Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.

Konflik timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.

Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha?

Drama Kerasnya Takdir Di TV3

Post a Comment

0 Comments