Saksikan Tayangan Perdana 20 Minit Polis Evo 3 Di Youtube

Saksikan Tayangan Perdana 20 Minit Polis Evo 3 Di Youtube

Berita gembira untuk semua peminat dan penonton filem aksi Polis Evo apabila pihak penerbit telah berkongsikan tayangan perdana Polis Evo 3 yang anda boleh saksikan selama 20 minit mulai 20 Mei 2023.

Perkongsian ini pastinya bertujuan bagi menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan filem ini dipawagam. Ianya menjadi salah satu modus operandi bagi mempromosikan filem sekali gus mempersembahkan kualiti filem yang luar biasa.

Saksikan Tayangan Perdana 20 Minit Polis Evo 3 Di Youtube

Dalam tayangan perdana ini, anda akan disajikan dengan aksi yang hebat antara dua watak utama dalam cerita ini iaitu Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang sedang menjalankan misi penyamaran bagi menumpaskan kumpulan penjahat.

Selain aksi tembak menembak yang dipaparkan, juga diselitkan dengan lawak jenaka yang tak kering gusi oleh kedua-dua watak tersebut yang dibawa oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Bagi siapa yang sudah tonton filem pertama dan kedua, boleh tahu bagaimanaka kelakarnya mereka terutamanya watak Sani.

Dalam video ini juga, antara yang hangat diperkatakan dalam tayangan perdana ini adalah show-off six-pack yang ditayangkan oleh Shaheizy Sam. Mungkin masa ni, ramai la wanita yang tergamam dan tidak terkata. Tapi macam biasalah, pasti ada lawak jenaka yang diselitkan daripada watak yang dibawa oleh Zizan Razak.

Bukan mereka sahaja yang terlibat dalam filem ini, ada ramai lagi pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawai, Eyka Farhana, Fadilah Mansor, Michael Ang dan ramai lagi.

Jadi orang ramai, jangan lupa untuk saksikan filem aksi arahan Syafiq Yusof iaitu Polis Evo 3 yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Mei 2023 dan seterusnya. Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang disini.

Post a Comment

0 Comments