Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Saksikan filem terbaru sempena Aidilfitri berjudul Satu Hari Sebelum Raya yang akan ditayangkan pada 6 April 2023, hari Khamis dan seterusnya menerusi saluran Astro First di saluran 480 atau di Astro Go atau secara On Demand.

Filem terbaru daripada pengarah yang meningkat naik dan juga youtuber terkenal, Syahmi Sazli ini merupakan terbitan syarikat beliau sendiri iaitu Syahmi Sazli Production Sdn. Bhd. dan naskah ini ditulis oleh beliau sendiri bersama Seni Bayan.

Senarai Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Satu Hari Sebelum Raya ini seperti Wani Rohaimie, Yoe Parey, Samer, Asif Suhaimi, Hushairi Husain, Mustapha Kamal, Saiful Apek, Kamarool Yussof, Sheila Mambo, Atok Ayah Skoda, Anissa Faizul, Putry Mohd Cik Amie Ganster, Bedul, Badhri Radzi, Poyie Gasi, Emie Sukmasari dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wani Rohaimie sebagai Ika
  • Yoe Parey sebagai Yoe
  • Samer sebagai Samer
  • Asif Suhaimi sebagai Asif
  • Hushairi Husain sebagai Yie
  • Mustapha Kamal sebagai Pakcik Arif
  • Saiful Apek sebagai Uncle Lim
  • Kamarool Yussof sebagai Ketua Kampung
  • Sheila Mambo sebagai Kak Dah
  • Tok Ayah Skoda sebagai Jali
  • Anissa Faizul sebagai Tiktoker
  • Putry Mohd sebagai Tiktoker

Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya

Filem Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang Yoe dan kakaknya iaitu Ika yang cuba mendapatkan sepasang baju raya baru iaitu sehari sebelum hari raya menjelma.

Dalam tempoh itu, pelbagai cara mereka lakukan sehingga mohon bantuan daripada Ketua Kampung. Walaupun begitu, hasratnya tersebut ditolak dan tiada bantuan yang diperoleh. Adakah akhirnya mereka beraya dengan baju raya?

Jika dapat, bagaimanakah caranya mereka dapatkan sepasang barju raya tersebut? Nak tahu kesudahannya, anda boleh saksikan nanti apabila ditayangkan.

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Post a Comment

0 Comments