Segenap Takdir Di TV3 - Sinopsis Drama

Segenap Takdir Di TV3 - Sinopsis Drama

Jangan lupa saksikan drama Segenap Takdir mulai 24 April 2023, bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Drama 15 episod yang diadaptasi daripada novel 'Segenap Takdir' karya Tina Derika ini merupakan terbitan syarikat A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd, diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan penulisan skrip daripada Rina Khan dan Sherry Khan.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 24 April 2023 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rina Khan & Sherry Khan
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd.

Drama Segenap Cinta di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Segenap Takdir seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Haleeda, Azizah Mahzan, Aqeesh Aleeya, Nesa Idrus, Puteri Khareeza, Tengku Tieya dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
  • Niezam Zaidi sebagai Azlan
  • Zara Zya sebagai Nadira
  • Nabil Aqil sebagai Faisal
  • Sharifah Shahora sebagai Maimun
  • Watie Sadali sebagai Salmi
  • Haleeda sebagai Mak Asmah
  • Azizah Mahzan sebagai Nek Yah

Sinopsis Drama Segenap Takdir

Drama Segenap Takdir mengisahkan tentang seorang gadis kampung iaitu Haryani yang mengidamkan kehidupan yang senang di Kuala Lumpur. Dia tekad membawa diri ke bandar.

Kemudian dia bertemu dengan Azlan yang kaya dan jatuh cinta. Dia tidak dapat menahan dirinya kerana tergila-gilakan Azlan. Walaupun Azlan sudah bertunang dengan Nadira, Haryani tidak peduli dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan Azlan.

Peristiwa malang berlaku sehingga memaksa Azlan mengahwini Haryani. Namun, kehidupan berumah tangga membuatkan Haryani sengsara. Azlan masih berjaya mengahwini Nadira tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama.

Adakah Haryani dapat menanggung semua yang dilalui atas perbuatannya sendiri? Atau ada sesuatu tentang Azlan yang Haryani sedar kemudiannya?

Drama Segenap Cinta di TV3

Drama Segenap Cinta di TV3

Post a Comment

0 Comments