Telefilem Langit Tak Mendengar Di Astro Ria

Telefilem Langit Tak Mendengar Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan telefilem Langit Tak Mendengar pada 25 April 2023, 4 Syawal, bersiaran pada hari Selasa, pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem khas sempena Aidilfitri merupakan terbitan syarikat Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Michael Ang dengan penulisan dan idea asal daripada Rehal Nuharis.

Tayagnan : Astro Ria
Tarikh : 25 April 2023 (Selasa)
Waktu : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden

Telefilem Langit Tak Mendengar Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Langit Tak Mendengar seperti Emma Maembong, Mak Engku Faridah, Fikry Ibrahim, Gen Darwish, Arissa Khyra dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Emma Maembong sebagai Jue
  • Mak Engku Faridah sebagai Nenek
  • Fikry Ibrahim sebagai Nabil
  • Gen Darwish sebagai Wafie
  • Arissa Khyra sebagai Reen

Sinopsis Telefilem Langit Tak Mendengar

Telefilem Langit Tak Mendengar mengisahkan tentang Jue yang pada awalnya gembira apabila cita-citanya untuk menjaga ibunya sendiri termakbul apabila abangnya iaitu Ismail meminta bantuan Jue untuk menjaga ibu mereka.

Tetapi langit tidak selalunya cerah apabila kemunculan ibunya dirumah membuatkan dirinya terbeban dengan pilihan mahu menjadi anak kepada ibunya atau isteri kepada suaminya iaitu Nabil.

Ini kerana, sejak ibunya datang, ianya telah menguji kesabaran keluarga Jue termasuk suami dan anak-anak juga jiran sekeliling apabila ibunya membuat perangai dan tidak menjaga tingkah laku selama berada di rumah.

Post a Comment

0 Comments