Nantikan Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan Di TV3 Akan Datang

Nantikan Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan Di TV3 Akan Datang

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan Di TV3

Nantikan sebuah drama terbaru berjudul Bukan Puteri Lindungan Bulan yang akan menemui penonton khusus untuk peminat drama melayu tempatan yang mana ianya akan bersiaran tidak lama lagi di saluran TV3.

Baru-baru ini salah seorang pelakon dalam drama ini iaitu Niena Baharun telah kongsikan klip video yang memaparkan beliau kini sedang dalam pengembaraan sebuah drama dengan tanda pagar #BukanPuteriLindunganBulan

Selain Niena terdapat juga pelakon lain yang terlibat seperti Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Danish Iskandar dan ramai lagi.

Drama 40 episod ini diinspirasikan daripada novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Afiera Malik. Ianya merupakan penerbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Jadi pastinya ramai yang tidak sabar-sabar dengan tayangan drama Bukan Puteri Lindungan Bulan ini yang bakal disiarkan di TV3 tidak lama lagi. Nantikan...


Post a Comment

0 Comments