Saksikan Drama Serpihan Sayang Di Samarinda TV3 Dan iQIYI

Saksikan Drama Serpihan Sayang Di Samarinda TV3 Dan iQIYI

Drama Serpihan Sayang Di Samarinda TV3 Dan iQIYI

Menyusuli Bukan Lelaki Terhebat, drama Serpihan Sayang akan mengisi slot Samarinda bermula 22 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Padi Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan dengan penulisan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Saiqa Askari.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Auni Zahra, Syed Irfan dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Serpihan Sayang

Drama Serpihan Sayang mengisahkan tentang Nadia yang menghidap penyakit postpartum psikosis setelah kehilangan anak dalam kandungan akibat kemalangan. Namun, dengan rawatan dan terapi yang rapi, Nadia mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Kehidupan di rumah Nadia dan suaminya, Syakir, disertai Alisya. Namun, kehadiran Imran yang merupakan abang kandung kepada Syakir yang telah lama terpisah, menjadi titik di mana situasi mulai berubah.

Imran bijak mengatur langkah untuk mempengaruhi Syakir agar dia dapat tinggal bersama-sama. Sejak Imran mula menetap di rumah tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku. Penyakit postpartum psikosis yang dihidapi Nadia juga menjadi semakin parah.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Serpihan Sayang bermula 22 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman Tonton dan iQIYI.

Drama ini tersedia sejurus selepas habis tayangan di tv pada jam 11.00 malam khusus untuk pengguna VIP. Orang ramai boleh saksikan secara percuma selapas 48 jam ditayangkan di tv.

Drama Serpihan Sayang Di Samarinda TV3 Dan iQIYI

Drama Serpihan Sayang Di Samarinda TV3 Dan iQIYI

Post a Comment

0 Comments