Ku Akad Kau Dengan Bismillah Temui Penonton Mulai 6 Februar Ini Di TV3

Ku Akad Kau Dengan Bismillah Temui Penonton Mulai 6 Februar Ini Di TV3

drama ku akad kau dengan bismillah di tv3

Menyusuli Kerana Cinta Itu Ada, Ku Akad Kau Dengan Bismillah akan mengisi slot Akasia bermula 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam menerusi siaran TV3 dan secara online di Watch Tonton.

Drama bersiri 28 episod yang diinspirasikan dari novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil ini merupakan terbitan Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Osman Ali dan Yus Yusof dengan penulisan skrip daripada Mimie Zakaria dan Farah Izzat.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Sophia Al-Barakbah, Aliff Aziz, Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah, Halim Radzi, Letchumi Sandraj, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Kuna Muzani,Shahidan Izwan, Hilal Azman, Zack Zabhas dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Kisah drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bermula apabila Hannah (Sophia Al-Barakbah) telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira (Jasmine Suraya), di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail (Aliff Aziz), seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah bermula 6 Februari ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman Tonton.

drama ku akad kau dengan bismillah di tv3

drama ku akad kau dengan bismillah di tv3

Post a Comment

0 Comments