Review Filem Ada Hantu 2 Di Disney+ Hotstar. Kurang Sikit Je Dari Yang Pertama

Review Filem Ada Hantu 2 Di Disney+ Hotstar. Kurang Sikit Je Dari Yang Pertama

Review Filem Ada Hantu 2 Di Disney+ Hotstar.

Selepas tayangan di pawagam pada September 2022 yang lalu, filem Ada Hantu 2 kini boleh distrim menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar. Jadi yang tidak berkesempatan untuk tonton di pawagam sebelum ini, dah boleh strim.

Filem Ada Hantu 2 ini merupakan kesinambungan daripada Ada Hantu yang pertama. Untuk yang pertama, siapa sangka filem tersebut mendapat sambutan yang hebat daripada penonton meskipun hanya ditayangkan di Disney+ Hotstar sahaja.

Disebabkan itu juga, pengarahnya Hairul Azreen sekali lagi tampil dengan Ada Hantu 2 dan kali ini permulaan tayangan di skrin yang lebih besar di panggung wayang. Selepas habis tayangan, barulah dimainkan di Disney+ Hotstar pula.

Sinopsis Filem Ada Hantu 2

Filem Ada Hantu 2 mengisahkan tentang kembalinya lima rakan baik iaitu Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono.

Namun mereka lima sekawan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah.

Review Filem Ada Hantu 2 Di Disney+ Hotstar.

Review Filem Ada Hantu 2

ADA SPOILER YA GUYS!

Sebelum admin tonton filem ini, admin ada baca beberapa komen yang mengatakan jalan cerita untuk filem pertama lebih menarik berbanding yang kedua kali ini. Tapi admin tak jumpa spoiler pun dan rasa bersyukur sangat.

Yes, rasanya kalau ada jumpa spoiler sebelum anda menonton, mungkin rasa macam tak best cerita ni. Ini adalah disebabkan seram hantu dia hanyalah semata-mata prank sahaja iaitu dari mula sampailah habis cerita.

Jika buat perbandingan, Ada Hantu 1 memang dieorang prank juga tapi masih mengekalkan seram pada babak-babak awal. Berbeza dengan Ada Hantu 2, macam boleh jangka ianya adalah prank tapi untuk babak awal tidak terlalu seram. Lagi pula hantu dia ada satu sahaja.

Sebenarnya kalau ikut jalan cerita, sama je. Kalau sebelum ini, takutkan Aliff sahaja dan untuk filem terbaru ni, dieorang buat content youtube untuk paparkan kepada penonton sekali gus hanya ingin menakutkan orang ramai dan bukan lagi pada Aliff.

Dia lagi jadi kurang sikit sebab kali ini penerangan prank lebih panjang. Filem lebih kurang 1 jam 30 minit. Jika dipecahkan, 30 minit jalan cerita seram, 40 minit sahaja penerangan tentang prank tersebut dari mula sampai habis. Fuhh.. Kemudian 20 minit lagi barulah cerita seram yang sebenar.

Pada 30 minit awal tu, sama je seperti Ada Hantu 1. Scene sama, pelakon sama. Cuma ada penambahan seorang pelakon sahaja. Tapi untuk babak setup prank tu, untuk admin sangat indah untuk ditonton dan ada babak-babak lucu dia disitu.

Bila lama-lama tengok babak tersebut, admin dapat rasakan vibe filem Indonesia bagaimana sekumpulan remaja bergaul dan beraktiviti bersama. Dengan sinematografik cantik. Best gila kot. Tambahan pula, pelakon lain yang terlibat pun bukan calang-calang ada Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Theeban G dan Henley Hill yang memang geng Paskal daripada Adrian Teh ni.

Review Filem Ada Hantu 2 Di Disney+ Hotstar.

Untuk watak utama, kali ini Zahiril Adzim untuk watak Aliff dan Shiqin Kamal untuk Bariah lebih menonjol dan lebih beri impak. Talha, Jimmy dan Sasha macam tak banyak menonjol berbanding mereka berdua.

Ingatkan filem ni dah habis, rupanya kali ini lebih obvius berbanding sebelum ini yang mana, pastinya akan ada untuk Ada Hantu 3 pula apabila babak akhir sangatlah tergantung dan macam tiba-tiba je habis.

Overall admin enjoy menonton filem ini dari mula hingga habis. Tapi betullah, admin rasa kalau filem Ada Hantu 1 diberi rating 8/10. Untuk sequel Ada Hantu 2 ini boleh bagi 7.9/10. Kurang sikit daripada yang sebelum tetapi tetap best dan puas hati.

Jadi Ada Hantu 2 ni recommended untuk anda tonton di Disney+ Hotstar. Tapi kena langgan dulu lah dengan harga RM59.90 untuk 3 bulan. Boleh tengok di laptop, aplikasi, tablet dan smart tv serta android box. Jadi bolehlah tonton ulang-ulang lepas ni.


Rating filem Ada Hantu 2 : 7.9/10 ⭐

Post a Comment

0 Comments