Drama Derhaka Sebuah Cinta Boleh Ditonton Mulai 6 Februari Ini Di Astro Ria

Drama Derhaka Sebuah Cinta Boleh Ditonton Mulai 6 Februari Ini Di Astro Ria

drama derhaka sebuah cinta di astro ria

Menyusuli Nikah Cerai Rujuk, drama Derhaka Sebuah Cinta pula akan bersiaran bermula 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104.

Selain tontonan di tv, penonton juga boleh strim secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna Astro. Jika tiada Astro, anda boleh strim di Sooka.my dengan melanggan RM15.90 sebulan dan boleh dapatkan first access untuk 4 episod terus setiap hari Isnin.

Drama 20 episod yang bukan adaptasi ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ejump Mohd dengan penulisan skrip daripada Nienza Nahar.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Nur Syuhada, Sahronizam Noor, Farisha Irwayu, Zulkifli Ismail, Aleesya dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta

'Derhaka Sebuah Cinta' mengisahkan tentang cinta Dahlia yang dikhianati oleh suaminya sendiri, Azmeer apabila dia membuat keputusan meninggalkannya untuk bersama isteri barunya, Kyra (Intan Ladyana) dan juga rakan baik Dahlia sejak daripada sekolah.

Bukan itu sahaja, anak Dahlia yang baru lahir turut diambil oleh Azmeer (Aaron Aziz) sebagai pengganti kepada arwah anak Kyra dan dengan sebab itulah Dahlia terus berada dalam kesedihan.

Akibat kekecewaan tersebut, Dahlia (Zara Ziya) merancang untuk membalas dendam dan memusnahkan kebahagian Azmeer berama isteri barunya tersebut.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Derhaka Sebuah Cinta bermula 6 Februari ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

drama derhaka sebuah cinta di astro ria

drama derhaka sebuah cinta di astro ria

Post a Comment

0 Comments