Telefilem Kelab Otai Perasan Muda Ditayangan Semula Di TV1

Telefilem Kelab Otai Perasan Muda Ditayangan Semula Di TV1

Telefilem Kelab Otai Perasan Muda di TV1

Jika anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti di hujung minggu ini, anda boleh saksikan telefilem komedi berjudul Kelab Otai Perasan Muda yang akan ditayangkan menerusi slot Panggung RTM di TV1 pada pukul 9.00 malam.

Telefilem yang diarahkan oleh Amzari Amir ini sebenarnya adalah tayangan ulangan dimana tayangan asalnya adalah pada November 2021 dan pada ketika itu juga dimainkan di slot dan saluran yang sama.

Kelab Otai Perasan Muda menampilkan barisan pelakon ternama Malaysia dan pastinya kelakar seperti Kazar, Roy Azman dan Razak Ahmad. Mereka dibantu oleh Aleza Shadan, Balkisyh Semundur Khan, Nisa Rissa, Tash Yong, Amrel Norman dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang gelagat tiga orang lelaki otai iaitu Meor, Mohsin dan Mahmud yang telah berumur tetapi berlagak seperti orang muda lagi-lagi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Mereka bersahabat baik dan telah menubuhkan kelab bagi menjalankan aktiviti melalui alam maya (online) untuk berkenal dan memikat wanita muda.

Jadi jangan lupa untuk saksikan Kelab Otai Perasan Muda pada Sabtu ini di TV1. Selain itu anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store secara percuma.

🎥 Tonton Drama Dan Filem Melayu Percuma Disini

Telefilem Kelab Otai Perasan Muda di TV1

Post a Comment

0 Comments