Saksikan Ustaz Kereta Sport Di TV Okey Pada 8 Januari Ini

Saksikan Ustaz Kereta Sport Di TV Okey Pada 8 Januari Ini

Telefilem Ustaz Kereta Sport Di TV Okey

Menerusi slot Layar Okey, RTM bawakan kembali telefilem Ustaz Kereta Sport yang akan menyerikan hujung minggu anda pada 8 Januari 2023, hari Ahad, jam 2.30 petang menerusi saluran TV Okey.

Telefilem arahan salah seorang pelakonnya sendiri iaitu Erry Putra yang berkonsepkan islamik ini merupakan siaran ulangan yang mana kali pertama disiarkan adalah pada tahun 2019. Kini temui anda untuk tontonan semula.

Ustaz Kereta Sport menampilkan barisan pelakon seperti Erwin Dawson (Ustaz Hazim), Idzham Ismail (Jasni), Risteena Munim (Ustazah Salimah), Erry Putra (Nizam), Ahmad Rawi Ramlan, Mohammad Ishak dan ramai lagi.

Kisahnya bermula tentang watak utama iaitu Hazim yang bertugas sebagai imam di sebuah masjid menerima kejutan daripada ibunya, Manisah dengan menghadiahkan beliau sebuah kereta sport ke atas kejayaan beliau menamatkan pelajarannya di luar negara.

Untuk ketahui kisah seterusnya, anda kena tonton sendiri pada tengah hari Ahad ini di TV Okey. Selain itu, anda boleh juga strim secara online menerusi laman web rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

Telefilem Ustaz Kereta Sport Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments