Filem Biko Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula 27 Februari Ini

Filem Biko Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula 27 Februari Ini

Filem Biko Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula 27 Februari Ini

Berita baik buat peminat Baby Shima apabila filem Biko secara rasminya akan memasuki platform pentstriman Netflix bermula 27 Februari 2023.

Filem yang pada asalnya ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober yang lalu dan kemudian memasuki Astro First khusus untuk pengguna Astro dan kini untuk pelanggan penstriman pula.

BACA : Info & Sinopsis Filem Biko

Selain Baby Shim yang melakonkan watak Sara dalam filem ini, terdapat pelakon lain juga seperti Azrel Ismail (Izwan), Syed Irfan (Biko), Sara Ali (Sherry), Josiah Hogan (Amir) dan ramai lagi.

Ianya merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang kasih sayang seorang bapa tunggal iaitu Izwan yang sayangkan anaknya, Biko dan mengimpikan kehidupan yang selesa untuk mereka berdua. Namun begitu, pelbagai ujian yang menimpan Izwan sehingga ditipu oleh broker dan akhirnya dihalau daripada rumah kerana gagal melunaskan sewa yang tertunggak.

Kemudian rakan baik Izwan iaitu Sherry cuba bantu keluarganya dengan membawa Biko ke satu uji bakat penggambaran muzik video penyanyi popular antarabangsa, Sara. Maka disinilah bermula konflik dimana sebenarnya Izwan dan Sara mempunyai kisah silam bersama.

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa strim secara online di Netflix untuk filem Biko bermula 27 Februari 2023 nanti.

Jangan lupa untuk strim Biko di Netflix

Post a Comment

0 Comments