Kami TV Akan Temui Anda Sabtu Ini Di Astro Citra

Kami TV Akan Temui Anda Sabtu Ini Di Astro Citra

Saksikan telefilem Kami TV di Astro Citra 108

Telefilem baru menerusi slot Citra Exclusive kini kembali lagi menerusi Kami TV yang akan bersiaran pada hari Sabtu ini, 14 Januari 2023 pada jam 10.00 malam menerusi saluran Astro Citra 108 dan secara online di Astro Go.

Anda boleh saksikan sebuah naskah drama romantik arahan Dharma Nasution bersama barisan pelakon yang tidak asing lagi dan sering muncul di kaca tv iaitu Nafiz Muaz, Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim.

Mereka dibantu oleh Alicia Amin, Mustaqim Bahadon, Maria Farida dan Yassin bagi membawa sebuah cerita yang berkisarkan tentang perjalanan dua sahabat baik iaitu Mika dan Kimi yang merupakan pengasas kepada 'KamiTV'.

Kemudian datang dan muncul seorang gadis bernama Mimi yang mana bertukar menjadi kisah percintaan 3 segi. Bagaimanakah pengakhirannya antara mereke bertiga?

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan telefilem Kami TV terbitan Celebrate TV Sdn. Bhd. ini yang akan menemui anda pada Sabtu ini secara eksklusif di Astro Citra saluran 108.

Saksikan telefilem Kami TV di Astro Citra 108

Post a Comment

0 Comments