Review Kampung People 3 (Episod 12)

Review Kampung People 3 (Episod 12)

Review Kampung People 3 (Episod 12)

Episod 12 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 9 Disember 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 12

Dalam episod ini ianya lebih tertumpu kepada babak dating Laila dan Yusof serta mesej antara Razif dan Mona yang mana sudah lama tidak berjumpa tetapi hakikatnya telah ditangkap oleh geng cengkih manis.

Kali ni kita boleh tengok sekali lagi macam mana Laila ketawa terbahak-bahak tanpa malu yang selalu dibuat didepan Jekfer sebelum-sebelum ini. Sebab biasanya dia akan ketawa sedemikian bila dia bersama dengan yang tersayang sahaja.

Mungkin sebab Laila sedikit sebanyak macam dah suka dengan abang berbadan sado iaitu Yusof yang mana dia tak tahu pun sebenarya dia adalah Tuan Suhaimy yang telah menukar badan dengan orang lain sebelum ini.

Disebabkan itu juga, Ejen 1111 mula cemburu dan mula untuk mecuri hatinya kembali yang mungkin terlepas ke tangan Yusof. Jadi dia pergi lah kacau dating Laila di restore mahal, cuba bagi bunga dan sebagainya.

Siapa sangka mesej yang diterima oleh Razif, Imran dan Laila sebenarnya bukan daripada Mona atau mommy nya sebeliknya daripada En. Wan yang telah menculik Mona dan diberikan kepada geng Cengkih Manis.

Macam-macam la En. Wan kelentong keluarga Rafiz. Katanya rindu baby Abu dia la, nak masak lamb shank untuk Imran, buat kek buah dan nak masak nasi kerabu. Tapi akhirnya hampir kantoi sebab banyak informasi yang diberikan sebenarnya Mona tak suka pun.

Haaa adakah kantoi sebenarnya yang mesej dieorang tu En Wan iaitu spy Cengkih Manis dan bukannya Mona? Saksikan episod akhir pada episod ke 13.


Rating Kampung People 3 Episode 12 - 7/10

Post a Comment

0 Comments