Review Kampung People 3 (Episod 13 - Akhir)

Review Kampung People 3 (Episod 13 - Akhir)

Review Kampung People 3 (Episod 13 - Akhir)

Episod 13 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 10 Disember 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 13

Dalam episod akhir inilah semua watak termasuk ejen dan kampung people berkumpul dan tunjuk muka dalam masa yang sama. Semua adalah betujuan untuk selamatkan saksi Pacerat iaitu Mona dan Laila yang telah ditangkap oleh Tuan Suhaimy.

Akhir-akhir ni kita juga jumpa pengganti Mail seperti musim-musim sebelumnya yang pergi menyelamatkan keluarga Rafiz dan kali ini En. Yu yang juga jiran mereka sebenarnya adalah ahli geng Sweet Kayu yang juga ahli kumpulan gangster. Tapi dia bersara dan jadi baik. Jadi dia lah yang tolong selamatkan Mona dan Razif.

Sementara En. Yu bersama kampung people pergi selamatkan Mona dan Laila, ejen-ejen Pacerat pergi menangkap Tuan Suhaimy dengan menyerbu markas dan makmal tempat otak Yusof disimpan. Daripada otak tulah, akhirnya Pacerat berjaya menangkap Tuan Suhaimy.

Rasanya episod akhir inilah paling best selepas episod pertama. Banyak aksi, banyak adegan lucu dan ramai pelakon yang muncul dalam satu-satu masa. Jadi episod 13 ini lebih meriah dan secukup rasa berbanding episod-episod sebelumnya.

At the end pastinya happy ending dan kampung people semua selamat dan Tuan Suhaimy diberkas dan dipenjarakan bersama Madame Mah. Tapi macam ada sesuatu, sebab adegan penjara tidak ditunjukkan.

Selain itu, baby yang ada pada Mona pun mungkin memberi hint atau petunjuk yang akan ada musim keempat kelak dalam Kampung People 4. Walaubagaimanapun, tiada lagi pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak KL Motion Pictures.

Overall rating Kampung People 3 : 7.5/10

Post a Comment

0 Comments