Drama Sentuhan Najwa (TV3)

Drama Sentuhan Najwa (TV3)

Drama Sentuhan Najwa (TV3)

Saksikan drama terbaru SENTUHAN NAJWA yang akan bersiaran mulai 26 Oktober 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di Disney+ Hotstar.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 26 Oktober 2022 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Aizad Zaidi
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Afifah Nasir, Alif Muhaimin, Ryry Ryun, Faiz Izzat, Jasper Supayah, Aleza Shadan, Zila Bakarin, Roy Azman, Ako Mustapha, Zack Zabhas, Zul Helmy, Ayu Ayuni dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Afifah Nasir sebagai Najwa
  • Ryun Ryry sebagai Raihana
  • Alif Muhaimin sebagai Arman
  • Faiz Izzat sebagai Yazi
  • Jasper Supayah sebagai Easther
  • Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
  • Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
  • Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
  • Ako Mustapha sebagai Zakaria

Sinopsis Drama Sentuhan Najwa

Drama Sentuhan Najwa mengisahkan tentang Najwa iaitu seorang gadis remaja yang mengidap HIV meneruskan kehidupannya tanpa pernah meratap atau merungut tentang kisah hidupnya yang selalu menjadi bahan buli di sekolah.

Najwa yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman yang mempunyai perasaan terhadapnya.

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tidak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu.

Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Drama Sentuhan Najwa (TV3)

Drama Sentuhan Najwa (TV3)

Post a Comment

0 Comments