Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Saksikan filem SIKU 12: LANGKAH DERHAKA yang akan ditayangkan mulai 27 Oktober 2022, hari Khamis di pawagam seluruh Malaysia dan serentak di Singapura dan Brunei. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 27 Oktober 2022 (Mulai Khamis)
Karya Asal : Power Team Sdn. Bhd.
Penulis Skrip : Power Team Sdn. Bhd.
Lakon Layar : Azhari Zain
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Power Team Entertainment Sdn. Bhd.

🎫 Dapatkan Tiket Wayang Murah Disini

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem aksi ini ialah Syafiq Kyle, Zahiril Adzim, Moon, Lobak, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafiq Kyle sebagai Atid
  • Zahiril Adzim sebagai A-Wut
  • Moon sebagai Nawari
  • Lobak sebagai Nafisha
  • Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sebagai Ayahman
  • Pon sebagai Chiwadong The Dragon
  • Anas Mentor sebagai Ben Mustaza
  • Shahmiey Odd sebagai Husin Lang Merah

Sinopsis Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka mengisahkan tentang Atid dan A Wut yang berketurunan Siam dimana mereka berdua adalah sahabat baik yang tinggal di sebuah Kampung Siam di Pendang, Kedah.

Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bapa Atid iaitu Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal. Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak.

Harun menyuruh Ayah Man melarikan diri ke kampung isterinya di Pattani. Kerana peristiwa itu, Harun berkorban dan akhirnya meninggal dalam penjara. Apabila isterinya meninggal, Ayah Man berpindah ke Pendang bersama Atid dan hidup secara sederhana sebagai petani dan tukang kayu.

Bermula dari itulah, Atid dapat melihat ketangkasan bapanya bersilat sehingga dapat menumbangkan lintah darat di kampung. la membuatkan Atid ingin mengetahui apakah jurus persilatan digunakan oleh ayahnya.

Atid beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak dan merahsiakan ilmu persilatan Siku 12 akibat sejarah hitam bersama Harun. Walaupun begitu, atas desakan Atid, Ayah Man bersetuju menurunkan ilmu persilatan Siku 12, jurus yang dapat menjatuhkan musuh sekelip mata iaitu jurus Langkah Derhaka walaupun dalam masa sehari.

Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Post a Comment

2 Comments