Telefilem Kari Ayam Mama Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Kari Ayam Mama Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa saksikan telefilem Kari Ayam Mama yang akan menemui penonton pada 11 November 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan Ismail Bob Hashim, penulisan skrip daripada Azlina Din dan diterbitkan oleh syarikat Saphire Screen Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 12 September 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.


🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Amyra Rosli, Izzue Islam, Datuk Rahim Razali, Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy, Mior Darwish, Melanie Tan, Eryn Ghani, Ranjini Devi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amyra Rosli sebagai Nia
  • Izzue Islam sebagai Rash
  • Datuk Rahim Razali sebagai Tok Man
  • Melanie Tan sebagai Jenny
  • Riz Amin sebagai Aiman
  • Farez sebagai Safie
  • Ranjini Pasupathi sebagai Malar
  • Eryn Ghani sebagai Farah
  • Nazeer Husain sebagai Thana

Sinopsis Telefilem Kari Ayam Mama

Telefilem Kari Ayam Mama mengisahkan tentang Nia iaitu seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki. Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya.

Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka seringkali bergaduh semenjak kehilangan pokok daun kari milik Nia. Setiap pagi Nia pasti akan menyiram pokok kari yang ada di depan rumah.

Sudah dua tahun pokok kari itu berjasa dalam masakan Nia. Tambahan pula, datuknya Tok Man yang tinggal bersama, memang suka makan kari ayam. Tapi pagi itu Nia terperanjat apabila mendapati pokok kari itu telah hilang dan dipindahkan ke belakang rumah jirannya, Rash.

Nia tidak puas hati. Dia menggunakan kayu dan tali untuk menarik pasu pokok kari itu agar dekat dengan rumahnya, biar senang dicapai. Akhirnya pergaduhan tersebut telah memikat hati masing-masing.

Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu?

Telefilem Kari Ayam Mama

Telefilem Kari Ayam Mama

Post a Comment

0 Comments