Drama Zuriat Dari Penjara Ditayangkan Di TV1

Drama Zuriat Dari Penjara Ditayangkan Di TV1

RTM bawakan sebuah drama kemasyarakatan dengan jalan cerita membawa keinsafan kepada penonton iaitu menerusi 'Zuriat Dari Penjara' yang akan temui penonton mulai 4 November 2023.

Zuriat Dari Penjara yang menggantikan Tuhan Beri Aku Cinta ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang menerusi slot Widuri TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama 26 episod ini merupakan arahan Roziesham Haron, penulisan skrip daripada Haida Mazni Mohammad dan diterbitkan oleh syarikat Double Channel Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Drama Zuriat Dari Penjara

Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 4 November 2023 (Jumaat - Ahad)
Masa : 6.45 Petang
Penlis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Pengarah : Roziesham Haron
Produksi : Double Channel Sdn. Bhd.

Drama Zuriat Dari Penjara Ditayangkan Di TV1

Barisan Pelakon & Watak

Drama Zuriat Dari Penjara menampilkan barisan pelakon seperti Wafariena Roslan, Josiah Hogan, Rasya Dean, Syed Aiman, Danny Anwa, Mubarak Majid dan Linda Rafar

Selain itu, pelakon lain yang turut membantu seperti , Aliza Rafar, Jesse Lim, Addam Roslan, Nuzul Harisyah, Adik Ebrahim Danie dan ramai lagi.

  • Wafariena Roslan sebagai Shara
  • Josiah Hogan sebagai Zaman
  • Rasya Dean sebagai Erina
  • Syed Aiman sebagai Rijaluddin
  • Danny Anwa sebagai Amar
  • Mubarak Majid sebagai Zakariyya
  • Linda Rafar sebagai Adelia

Sinopsis Drama Zuriat Dari Penjara

Drama Zuriat Dari Penjara mengisahkan tentang Shara iaitu gadis kampung tinggal dengan keluarganya yang serba kekurangan. Situasi itu membuatkan Shara membesar menjadi anak yang suka memberontak dan membantah apa sahaja kata orang tuanya. 

Masa berlalu dek kerana mahu mengecap kekayaan dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah, Shara termakan umpan seorang lelaki yang mengupahnya menghantar barang.

Rupa-rupanya barang tersebuat adalah dadah dan malangnya Shara telah ditangkap pihak polis. Ketika itu dia telah berkahwin dengan Zaman, lelaki yang dicintainya.

Kisahnya dilanjutkan dengan Zaman dan Erina diamanahkan menjaga zuriat dari penjara. Zuriat itu sebenarnya adalah dari isteri pertamanya Shara yang dipenjarakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Rizky telah dilahirkan di penjara. Ketika Shara dimasukkan ke penjara, dia mengandung dua bulan. Zaman tidak mengetahui perkara tersebut.

Sementara itu Erina kecewa dengan Zaman kerana menipunya. Shara meninggal di penjara setelah jatuh sakit. Erina menghalau Zaman dan Rizky kerana Erina tidak dapat menerima Zaman menipunya.

Drama Zuriat Dari Penjara Ditayangkan Di TV1

Post a Comment

0 Comments