Drama Takdir Cinta Dhia

Drama Takdir Cinta Dhia

Drama Takdir Cinta Dhia

Saksikan drama terbaru TAKDIR CINTA DHIA yang akan bersiaran mulai 12 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima 105 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima
Tarikh : Mulai 12 September 2022 (Isnin - Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis, Faez Nick, Hanis Husna dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato' Aaron Aziz sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri sebagai Fikri
  • Khalida Balqis sebagai Nadia

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Drama Takdir Cinta Dhia mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran iaitu Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali.

Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran.

Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia.

Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar.

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya.

Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. 

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Drama Takdir Cinta Dhia

Drama Takdir Cinta Dhia

Post a Comment

0 Comments