Drama Rampas Cintaku Di iQIYi

Drama Rampas Cintaku Di iQIYi

Drama Rampas Cintaku Di iQIYi

Saksikan drama siri original RAMPAS CINTAKU yang akan bersiaran mulai 23 September 2022, pada pukul 9.00 malam setiap hari Jumaat dan Sabtu hanya di platform penstriman iQIYI atau boleh terus ke pautan drama tersebut disini. Tonton secara percuma selepas 48 jam ditayangkan.

Drama ini merupakan adaptasi novel yang berjudul 'Rampas Cintamu' tulisan Puteri Jacaranda, terbitan NovelPlus.

Episod : 15
Tayangan : Siri Original di iQIYI
Tarikh : Mulai 23 September 2022 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : MIG Script Panel
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : MIG Productions Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Afieq Shazwan, Fasha Sandha, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Datin Fadhilah Mansor, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Aidil Aziz sebagai Sharul

Sinopsis Drama Rampas Cintaku

Drama Rampas Cintaku mengisahkan tentang kisah Rizal iaitu jejaka muda yang terpaksa menanggung adiknya Rina dan ibu saudaranya, Mak Ngah. Dia juga terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan 'ah long'.

Disebabkan itu, Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam semata-mata mahu membayar hutang yang dipinjam dan dari situlah dia membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi dengan mengikut kawan baiknya, Ashraf. 

Dari sinilah, Rizal bertemu dengan ahli perniagaan yang juga wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya yang sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Dato Jefri.

Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya.

Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Drama Rampas Cintaku Di iQIYi

Drama Rampas Cintaku Di iQIYi

Drama Rampas Cintaku Di iQIYi

Post a Comment

0 Comments