Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Saksikan telefilem MAK TAK BAGI BALIK yang akan bersiaran pada 23 September 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 23 September 2022 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ialah Khir Rahman, Vanidah Imran, Nurul Fateha, Izuan Fitri, Izuan Fikri, Shahromnizan Noor, Ieka Zulkifli, Sarah Dowanna, Mili, Man Kader, Zulaikha Zahari dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Khir Rahman sebagai Hisham
  • Vanida Imran sebagai Rohani
  • Nurul Fateha sebagai Rosnah
  • Izuan Fitri sebagai Sharif
  • Shahronizam Noor sebagai Rahmat
  • Ieka Zulkifli sebagai Sakinah

Sinopsis Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Telefilem Mak Tak Bagi Balik mengisahkan tentang kehidupan Hisham dam Rohani bersama 3 anaknya dalam sebuah keluarga miskin di satu kawasan pedalaman dimana mereka hanya mengambil upah menoreh getah.

Walaupun kehidupan mereka serba susah, namun mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran dan pendidikan anak-anak mereka. Tambahan pula, anak-anak mereka tergolong dalam pelajar cerdas di sekolah mereka.

Anak perempuan sulung mereka, Rosnah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penu. Rohani menasihatkan anak perempuannya tidak perlu membelanjakan wang untuk pulang ke rumah di bulan Ramadan kerana mereka perlu berjimat untuk persiapan Hari Raya.

Mahayu, rakan sebilik Rosnah berasa kasihan terhadap rakannya dan menjemput Rosnah ke rumahnya. Ibu bapa Mahayu terkejut ketika bertemu dengan Rosnah kerana dia merupakan saudara mereka yang sudah lama tidak berhubung.

Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Post a Comment

0 Comments