Telefilem Diari Suami 9 Bulan

Telefilem Diari Suami 9 Bulan

Telefilem Diari Suami 9 Bulan

Saksikan ulang siar telefilem DIARI SUAMI 9 BULAN yang akan bersiaran pada 30 Ogos 2022, hari Selasa pada pukul 1.30 petang menerusi saluran TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Telefilem 1:30 Tengah Hari di TV9
Tarikh : 30 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 1.30 Petang
Pengarah : Ahmad Rusli Bin Mohamed Khadri
Produksi : MiG Production Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Yana Samsudin, Kamal Adli, Intan Ladyana, Cat Farish, Didie Alias, Mustapha Kamal, Mak Mah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Yana Samsudin sebagai Zana
  • Intan Ladyana sebagai Zara
  • Kamal Adli sebagai Fazli
  • Cat Farish sebagai Hairul

Sinopsis Telefilem Diari Suami 9 Bulan

Telefilem Diari Suami 9 Bulan mengisahkan tentang alam rumahtangga dua beradik perempuan iaitu Zara dan Zana yang kebetulan di dapati mengandung pada masa yang sama.

Maklumlah, ketika mengandung, pelbagai karenah perlu dihadapi oleh si suami iaitu Hairul dan Fazli. Apatah lagi apabila isteri-isteri mereka mengidamkan sesuatu yang pelik dan perli dicari sehingga dapat.

Sejak kedua anak perempuan Zahadi dan Aliza ini mengandung, setiap hari rumah mereka pasti berlaku kekecohan. Tekanan bukan sahaja dirasai oleh kedua ibu bapa mereka tetapi yang paling dahsyat iaitu kedua suami mereka.

Pelbagai aksi lucu dapat dilihat menerusi telefilem ini terutamanya ketika Zana dan Zara mengamuk setiap kali permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Hairul dan Fazli sepanjang 9 bulan isteri-isteri mereka mengandung.

Dapatkah kedua-dua suami ini tahan dengan karenah isteri masing-masing?

Telefilem Diari Suami 9 Bulan

Telefilem Diari Suami 9 Bulan

Post a Comment

0 Comments