Filem Air Force The Movie Di Pawagam Mulai 25 Ogos

Filem Air Force The Movie Di Pawagam Mulai 25 Ogos

Filem Air Force The Movie

Saksikan filem aksi AIR FORCE THE MOVIE : SELAGI BERNYAWA yang akan ditayangkan mulai 25 Ogos 2022, hari Khamis di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 25 Ogos 2022
Dihasilkan : Josiah Cheng & Keoh Chee Ang
Pengarah : Zulkarnain Azhar & Frank See
Produksi : Multimedia Entertainment, GSC, Astro, FXHammer Films & SixFun Media

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Aiman Hakim Ridza, Dato' Adi Putra, Nas-T, Carmen Soo, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel, Sangeeta Krishnasamy, Iman Corrine, Anas Ridzuan, Niezam Zaidi, Aqasha dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Zafran
  • Dato' Adi Putra sebagai Mejar Adnan "Lejen"
  • Nas-T sebagai Kapten Adib "Rock"
  • Carmen Soo sebagai Marya
  • Azira Shafinaz sebagai Hana
  • Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana
  • Sara Ali sebagai Natrah
  • Jack Tan sebagai Sarjan Udara Gabriel "Hujan"
  • Pablo Amirul sebagai Sarjan Udara Barat "Tuai"
  • Luqman Hafidz sebagai Laskar Udara Kanan Azman "Gaban"
  • Johan As'ari sebagai Koperal Udara Fakrul "Paco"
  • Fezrul Khan sebagai Mejar Zaid TUDM
  • Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Rahim
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla

Sinopsis Filem Air Force The Movie

Filem Air Force The Movie mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan.

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua.

Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Filem Air Force The Movie

Filem Air Force The Movie

Post a Comment

1 Comments