Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Saksikan telefilem khas Aidiladha berjudul SEBELUM PULANG yang akan bersiaran pada 11 Julai 2022, hari Isnin pada pukul 3.00 petang menerusi saluran RTM TV2 dan boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : TV2
Tarikh : 11 Julai 2022 (Isnin)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Pengarah : Bade Hj Azmi
Produksi : Switch On Entertainment Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nad Zainal, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz, Amyza Adnan, Emilia Hanif, Kamal Rezuan, Ayu Ayuni dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Sebelum Pulang

Telefilem Sebelum Pulang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan yang dilalui oleh seorang anak yang tidak disukai ayah dan saudaranya kerana beranggapan dia membawa nasib malang.

Walaupun berbagai tohmahan dan penghinaan dilempar kepadanya dia tetap bersabar dan berusaha untuk berbakti kepada kedua orang tuanya.

Dia sanggup berkorban demi membahagiakan kedua orang tuanya. Dia akhirnya meninggal dunia setelah berjaya menghantar kedua mereka menunaikan haji di Mekah.

Amira dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Sejak kecil Amira menghidap penyakit Asthma dan dianggap membawa nasib malang kerana berbagai kejadian buruk menimpa keluarga mereka sejak kelahirannya.

Dia tidak disayangi oleh ayah, abang dan kakaknya Liza. Mereka sering menghina dan mencari salahnya.

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Post a Comment

0 Comments