Drama Ratu Tenpin 2 : Shalin Di Astro Ria

Drama Ratu Tenpin 2 : Shalin Di Astro Ria

Drama Ratu Tenpin 2 : Shalin Di Astro Ria

Drama bersiri Ratu Ten Pin kini kembali untuk musim kedua menerusi RATU TEN PIN: SHALIN yang akan bersiaran mulai 11 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di astrogo.astro.com.my

Untuk musim kedua ini, ianya merupakan sambungan daripada 'Ratu Ten Pin' yang kali ini jalan cerita diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli.

Episod : 20
Tayangan : Astro Ria
Tarikh : Mulai 11 Julai 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri kali ini ialah Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato' Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.

Watal Lakonan

  • Jasmine Suraya sebagai Shalin
  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Sheila Rusly sebagai Mem Maria
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Wani Kayrie sebagai Suzana

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin kali ini bermula dengan watak Norma, Reez, Sandra dan Suzana yang kini sudah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Mem Maria yang juga merupakan jurulatih pasukan telah menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara sebagai pemain baru untuk mencukupkan bilangan pemainnya.

Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

Drama Ratu Tenpin 2 : Shalin Di Astro Ria

Drama Ratu Tenpin 2 : Shalin Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments