Telefilem Nur 3 Pagi Di TV3

Telefilem Nur 3 Pagi Di TV3

Telefilem Nur 3 Pagi Di TV3

Saksikan telefilem NUR 3 PAGI yang akan bersiaran pada 30 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Kamal Sumbu, Rashid Jaafar, Khatijah Tan, Rahim Jelani, Shahir Aniq, Nizam Kama dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azira Shafinaz sebagai Nur Jannah
  • Syafiq Kyle sebagai Fariz
  • Kamal Sumbu sebagai Fendi
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Harun
  • Khatijah Tan sebagai Mak Siti
  • Rahim Jelani Abdul Hayy

Sinopsis Telefilem Nur 3 Pagi

Telefilem Nur 3 Pagi mengisahkan tentang Nur Jannah dan ibu bapanya yang berpindah ke kampung halaman selepas lama menetap di ibu kota.

Di kampung, dia berkenalan dengan Fariz dan mengikat tali pertunangan. Beberapa minggu sebelum majlis perkahwinannnya, Nur sering terjaga tepat jam 3 pagi. Ini kerana Fariz menasihatinya untuk mengadakan solat Tahajud dan berselawat.

Pada satu hari, Fariz mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk berjumpa Nur. Dalam pada itu, Nur mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Cerita dalam blog Nur akhirnya sampai kepada Abdul Hay.

Abdul Hayy adalah bapa kandung Nur. Dia berjumpa Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya lalu terbongkat kebenaran Fariz itu adalah saudara susuan Nur.

Kini mereka tidak boleh lagi merancang untuk berkahwin. Bagaimana Nur ingin menerima kenyataan ini pada akhirnya?

Telefilem Nur 3 Pagi Di TV3

Telefilem Nur 3 Pagi Di TV3

Post a Comment

0 Comments