Drama Guard Komando Di TV9

Drama Guard Komando Di TV9

Drama Guard Komando Di TV9

Saksikan drama bersiri GUARD KOMANDO yang akan bersiaran mulai 28 Julai 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat pada pukul 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Drama yang menampilkan semula Paksu Shamsul Ghau Ghau di dunia lakonan ini bakal menggantikan drama sebelumnya, Ada Apa Dengan Saka.

Episod : 20
Tayangan : Slot Diandra di TV9
Tarikh : Mulai 28 Julai 2022 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Amin Shakib & Azmy Ariff
Pengarah : MP Roslin Md Sharif
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Dazrin Kamarudin, Ayunie Rizal, Rahhim Omar, Mimi Ernida, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Komando Adnan
  • Fendy Bakry sebagai Kolid
  • Mark Adam sebagai Mansur
  • Jiggy Masin sebagai Dollah
  • Ayunie Rizal sebagai Amanda
  • Rahhim Omar sebagai Pak Kassim
  • Dazrin Kamarudin sebagai Seman

Sinopsis Drama Guard Komando

Drama Guard Komando mengisahkan tentang masyarakat sebuah taman perumahan iaitu Taman Kampung Coh yang sedang berhadapan dengan kes kecurian yang tinggi. Pak Kassim, penghulu kampung mengadakan mesyuarat dengan beberapa wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian segera.

Mereka sudah banyak berusaha selama ini namun semua usaha itu gagal dilaksanakan dengan berkesan. Kini, Pak Kassim menaruh harapan kepada Komando Adnan yang juga diberi gelaran Komandudu yang dipercayai mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah ini.

Komandudu menetapkan syarat bahawa dia akan memilih pasukannya sendiri. Jadi, Komandudu telah berjumpa dengan ketiga-tiga anak lelakinya iaitu Kholid, Mansur dan Dollah untuk bekerja dengannya menjaga sebuah taman.

Pada mulanya, mereka bertiga tidak bersetuju kerana masing-masing mempunyai impian dan cita-cita yang lain. Sayangnya, cita-cita mereka tidak kesampaian. Mereka tidak ada pilihan dan terpaksa menuruti kehendak ayah mereka.

Nama pasukan iaitu Guard Komando juga unik kerana Komandudu mendapat idea dengan menggabungkan nama pangkal anak-anaknya iaitu Ko-Man-Do.

Bermulalah pengembaraan Guard Komando di Taman Kampung Coh. Mereka terus diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes kecurian yang berlaku di taman tersebut. Pada masa yang sama, Komandudu juga tegas melatih anak-anaknya tentang asas menjadi pegawai keselamatan.

Kehadiran Guard Komando memberi sinar baharu kepada penduduk Taman Kampung Coh apabila mereka berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang berlaku di taman tersebut.

Namun, kehadiran mereka tidak disenangi oleh sekumpulan gangster yang semakin sukar untuk melakukan operasi mengganggu penduduk di situ. Adakah Guard Komando betul-betul berkaliber untuk menjaga keselamatan Taman Kampung Coh?

Drama Guard Komando Di TV9

Drama Guard Komando Di TV9

Drama Guard Komando Di TV9

Post a Comment

0 Comments