Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Sempena Aidil Adha yang bakal tiba, saksikan telefilem AIDA ADHA yang akan bersiaran pada 2 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Liza Mior Rashid
Pengarah : Muhammad Faiz Ramli
Produksi : Cempaka Sari Empire Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang telibat dalam telefilem ini ialah Afifah Nasir, Bil Razali, Safura Ya’cob, Roy Azman, Dato’ Amin Khan, Aufa Ardinee, Fudail Dayyan, Zaly Zain dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Afifah Nasir sebagai Aida
  • Bil Razali sebagai Adha
  • Safura Ya’cob sebegai Mak Long Zaharah
  • Roy Azman sebagai Pak Long Nawi

Sinopsis Telefilem Aida Adha

Telefilem Aida Adha mengisahkan tentang Adha seorang jurutera yang sudah lama merantau ke negara luar dan berharap suatu hari nanti dia dapat menyambut Hari Raya Qurban ini dengan meriah di negara sendiri.

Jadi Adha pulang ke kampung halaman dan mula berkempen dan mengajak orang ramai berserta ahli keluarganya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dengan meriah sama seperti Raya Aidilfitri.

Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila Adha mempergunakan sepupunya, Aida untuk memeriahkan lagi raya tersebut. Kenapa agaknya Aida yang menjadi mangsa? Apakah kesudahan kemeriahan hari raya mereka pada akhirnya?

Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Post a Comment

0 Comments