Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Di Astro Citra

Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Di Astro Citra

Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Di Astro Citra

Saksikan telefilem MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK yang akan bersiaran pada 1 Julai 2022, hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Citra 108 dan boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 1 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : MS Digital Studio Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdullah, Shyrim, Fifie, Rais Ismail dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Uqasha Senrose sebagai Suhaila
  • Hisyam Hamid sebagai Qayyum
  • Wan Maimunah Aziz sebagai Nenek
  • Zarynn Min sebagai Suhana
  • Liza Abdullah sebagai Mak

Sinopsis Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik

Telefilem Malam Tahlil Suhaila yang diinspirasikan daripada kisah sebenar ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang dah moden, sumpahan itu tidak lagi dihirau.

Suhaila yang bekerja di Kuala Lumpur bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal. Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh betul-betul di depan suaminya, Qayyum.

Suaminya hendaklah memikul semula Suhaila ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya bagi menghilangkan sumpahan tersebut. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas.

Namun, satu persatu rahsia yang tersimpan disebalik keluarga Suhaila terbongkar. Wujud Suhaila yang hadir untuk merungkai segala kejahatan yang tersimpan! Siapakah dalang dalam semua kejahatan ini? Mampukah Qayyum menghantar kembali mayat arwah isterinya ke kubur?

Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Di Astro Citra

Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments