Senarai Peserta Ceria PopStar Xtra 2022

Senarai Peserta Ceria PopStar Xtra 2022

Senarai Peserta Ceria PopStar Xtra 2022

Seramai 10 peserta yang bertanding dalam program nyanyian realiti tv kanak-kanak, Ceria PopStar Xtra 2022 yang akan bersiaran selama lapan minggu mulai 29 Jun 2022, setiap Rabu pada jam 9.00 malam di Astro Ceria 611, menerusi On Demand atau strim online di Astro Go.

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina Pompom) akan menjadi pengacara sepanjang program ini. Manakala Johan dan Mommy Mas Idayu beserta karekter misteri yang dikenali sebagai C-X akan bertindak sebagai Juri Tetap. Identiti C-X akan didedahkan pada minggu ke-7 program ini bersiaran.

Juara Ceria PopStar Xtra 2022 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Manakala naib juara, bawa pulang wang tunai, RM10,000 diikuti tempat ketiga dengan RM5,000. Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi 'Star Award' yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000

Senarai Peserta Ceria PopStar Xtra 2022

Berikut merupakan senarai 10 peserta yang bertanding dalam program ini

1) - Dhiyaa

Dhiyaa

Nama : Dhiyaa Raidah Alisha Binti Ruzaimi
Umur : 11 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @dhiyaa_raidah

Trivia

  • Pandai menyanyi dan menari
  • Pernah berlakon sebagai extra dalam drama Dia Bukan Bidadari

2) - Zaki Yamani

Zaki Yamani

Nama : Ahmad Zaki Yamani Bin Jamal Ubaidillah
Umur : 16 tahun
Asal : Kajang, Selangor
Instagram : @zakiyamani._

Trivia

  • Anak kepada penyanyi pop Malaysia, Jamal Abdillah
  • Pernah memasuki All Together Now Malaysia
  • Mempunyai single pertama, Percayaku bersama Bibi Qairina

3) - Faleeq

Faleeq

Nama : Said Faleeq Bin Mohd Fareez
Umur : 8 tahun
Asal : Puchong, Selangor
Instagram : @faleeqgrowingupadventure

Trivia

  • Peserta terkecil dan termuda dalam Ceria PopStar Xtra 2022
  • Pernah menjadi model untuk Runaway Cheetah
  • Pelakon drama dan juga TVC

4) - Dilla

Dilla

Nama : Putri Nur Fadillah Binti Abdul Rahim
Umur : 15 tahun
Asal : Merlimau, Melaka
Instagram : @dilla_official.07

Trivia

  • Datang dari keluarga yang sangat susah, tetapi ingin berjaya dalam program ini
  • Minat Kpop dan suka rap serta menari Kpop
  • Meminati Sean Lee, Dolla, Misha Omar, Jackly Victor dan Siti Nurhaliza

5) - Ariff

Ariff

Nama : Ariff Hilmy Bin Muhammad Amir
Umur : 17 tahun
Asal : Klang, Selangor
Instagram : @ariffhilmy._

Trivia

  • Anak saudara Yazi Zakaria iaitu seorang Konduktor Orkestra Istana Budaya
  • Suka mengumpul boots dan hanya mampu beli boots bundle sahaja
  • Pernah bekerja sambilan di program Shopee pada tahun 2022

6) - Marsha

Marsha

Nama : Nur Marsha Auni Zahira Binti Mohd Rizal Fuadzam
Umur : 13 tahun
Asal : Selayang, Selangor
Instagram : @adikmarsha

Trivia

  • Mempunyai suara serak basah seperti Ella
  • Pernah viral busking di Bukit Bintang
  • Busking memberi semangat beliau untuk menjadi penyanyi
  • Memiliki sepasang mata berwarna coklat asli

7) - Iqmal Romi

Iqmal Romi

Nama : Muhamad Nur Iqmal Bin Romizan
Umur : 17 tahun
Asal : SImpang Pertang, Negeri Sembilan
Instagram : @iqmalromi._

Trivia

  • Pandai menari dan bermain gitar
  • Mempunyai suara seakan Haqiem Rusli
  • Bercita-cita ingin menjadi penyanyi dan membantu keluarga

8) - Damia

Damia

Nama : Fathin Nur Insyierah Damia Binti Mohamad Khalil
Umur : 16 tahun
Asal : Taiping, Perak
Instagram : @damiaofficial5

Trivia

  • Protege Harry Khalifah
  • Single pertam Pasrah dengan 15 juta tontonan
  • Pernah viral sebab video menyanyi dengan Apak 2.1 juta views

9) - Amani

Amani

Nama : Zuhairah Amanina Farhanah Binti Mohamad Faudzi
Umur : 12 tahun
Asal : Pasing Gudang, Johor
Instagram : @zuhaira_amani

Trivia

  • Pernah menjadi johan pertandingan karaoke terbuka
  • Fobia dengan lipan
  • Cita-cita ingin menjadi Guru Muzik (Vokal)

10) - Dinda Dania

Dinda Dania

Nama : Dania Zafirah Binti Sulaiman
Umur : 17 tahun
Asal : Sepang, Selangor
Instagram : @dindadania_official

Trivia

  • Ada band sendiri dan mempunyai 5 ahli
  • Finalis Bintang Kecil RTM2016 (Wakil Negeri Sembilan) & Peringkat Kedua Ceria Online Star
  • Fobia badut dan anjing
  • Berpewatakan 'boyish' dan lebih selesa berkawan dengan lelaki

Post a Comment

0 Comments