Drama Kuasa Di Astro Citra

Drama Kuasa Di Astro Citra

Drama Kuasa Di Astro Citra

Saksikan drama terbaru Astro Originals berjudul KUASA yang akan mula disiarkan pada 11 April 2022, setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam di siaran Astro Citra 108 dan boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Episod : 8
Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : Mulai 11 April 2022 (Setiap Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Shamin Yusof
Pengarah : Kroll Azry
Penulis Skrip : Shamaine Othman & Leysha Al-Yahya
Produksi : Astro Shaw Sdn. Bhd & Skop Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Nazim Othman, Nadia Brian, Izzy Reef, Dazrin Kamarudin, Alicia Amin, Nia Atasha, Azri Iskandar, Syanie Hisham, Farid Amirul dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Dhameer
  • Ning Baizura sebagai Puan Sri Lily
  • Nazim Othman sebagai Darius
  • Nadia Brian sebagai Delilah
  • Izzy Reef sebagai Dharma
  • Dazrin Kamarudin sebagai Arman
  • Alicia Amin sebagai Emma
  • Nia Atasha sebagai Natalie
  • Azri Iskandar sebagai Tan Sri Aziz
  • Syanie Hisham sebagai Kak Bah
  • Farid Amirul sebagai Doktor Jason

Sinopsis Drama Kuasa

Drama siri Kuasa mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga penerbit terkenal dan berpengaruh yang mana mereka hidup dalam kemegahan bersama tiga orang anaknya yang bakal mewarisi legasinya kelak.

Selama 35 tahun dalam industri hiburan ini, Tan Sri Dhameer telah pun membina sebuah empayar terbesar dengan syarikat Wira Entertainment yang mana bermula dengan penghasilan filem-filem tempatan, muzik dan kemudian ke platform pelaburan sehinggalah menubuhkan yayasan.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharman tamak dan ingin merebut untuk menjadi waris tunggal syarikat milik ayahnya tersebut.

Oleh itu, ayahnya Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidikan anak-anaknya dimana sebenarnya terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi yang datang daripada keluarga mereka sendiri.

Adakah dia akan berjaya atau mungkin disebabkan ketamakan anak-anaknya tersebut akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau dimasa akan datang?

Drama Kuasa Di Astro Citra

Drama Kuasa Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments