Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Di TV3

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Di TV3

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Di Cinema Tonton

Sempena Aidilfitri, saksikan telefilem ARTIS PUJAANKU MAI BERAYA yang akan disiarkan semula pada 20 April 2024, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan penulisan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 20 April 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Penerbit : Puan Hajah Bibi Hasnah & Suraya Elai
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Hairi Safwan, Faezah Elai, Sheila Mambo, Sherry Aljeffri, Sharifah Juairiah, Shamimi, Dato Hattan dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Zain
  • Emma Maembong sebagai Shafinas
  • Hairi Safwan sebagai Pak Su Nizam
  • Faezah Elai sebagai Husna
  • Sheila Mambo sebagai Aminah

Sinopsis Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya mengisahkan tentang seorang influencer yang juga artis popular di Malaysia, Shafinaz beraya di kampung halaman rakannya, Zain.

Apabila penduduk kampung dapat tahun berita tersebut, satu kampung kecoh dan teruja dengan kehadiran artis pujaan mereka akan menjejakkan kaki ke tempat mereka

Shafinaz balik ke kampung tersebut untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara sehingga mencetuskan suasana lucu dan ceria di kampung mereka.

Zain yang mempunyai perasaan pada Syafinaz cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.

Post a Comment

0 Comments